DOA KHUSUS AWAL TAHUN HIJRI 1 MUHARRAM
DIBACA SELEPAS SOLAT MAGHRIB
DIBACA SELEPAS SOLAT MAGHRIB
Segala pujian hanya layak untuk Allah, Tuhan semesta
alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad semulia-mulia Rasul dan
kaum keluarganya, juga para sahabat seluruhnya. Ya Allah, Engkaulah
yang kekal yang sedia ada dari awalnya lagi, dan engkaulah yang
mempunyai limpah kurnia yang besar dan pemurah yang melimpahi, maka pada
tahun yang baru menjelang ini, kami memohon benteng perlindungan dari
gangguan syaitan yang direjam dan pemimpinnya, juga tentera-tenteranya.
Juga minta bantuan dari gangguan nafsu amarah yang sentiasa mengajak
kepada kejahatan, dan dipohon pertolongan dengan apa-apa yang boleh
mendekatkan aku kepada Mu wahai Tuhan yang mempunyai ketinggian dan
kemuliaan, wahai Tuhan yang amat mengasihi. Dan semoga Allah merahmati
Saidina Muhammad, nabi yang ummi dan kaum keluarganya, juga seluruh
sahabatnya. Dan segala puji-pujian untuk Tuhan semesta alam.
DOA KHUSUS AKHIR TAHUN HIJRAH 29 ZULHIJJAH SELEPAS SOLAT ASAR.
Segala pujian hanya layak untuk Allah, Tuhan semesta
alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad dan juga keluarganya
dan juga para sahabat seluruhnya. Ya Allah apa-apa yang kami lakukan
pada tahun ini yang sesetengahnya engkau larang dari kami melakukannya
sedangkan kami belum bertaubat dan engkau pun belum meredhainya,
walaupun engkau belum mahu melupakannya, namun engkau masih mengasihi
kami setelah menghukum kami, dan engkau masih menganjurkan kepada kami
supaya bertaubat selepas kami melakukan maksiat, maka dengan ini kami
memohon ampun , maka ampunilah kami. Dan manakala apa-apa kebaikan yang
kami lakukan mendapat redha Mu, engkau janjikan pula pahala untuk kami,
maka dengan ini kami memohon kepada engkau wahai tuhan yang pemurah,
tuhan yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan, terimalah apa-apa
daripada kami dan janganlah engkau kecewakan harapan kami ini. Semoga
Allah merahmati Saidina Muhammad dan kaum keluarganya, juga para
sahabatnya. Dan sekali lagi ditegaskan segala puji hanya layak untuk
Allah, Tuhan semesta alam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar