السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ertinya:
“Wahai Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau. PadaMu
aku bertawakkal, dan Engkau adalah Tuhan dari ‘arsy yang besar. Apa
yang dikehendaki Allah pasti terjadi, dan apa yang tidak dikehendakiNya
pasti pula tidak akan terjadi, tiadalah daya upaya dan tiada pula
kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Aku
yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu dan bahawasanya
Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya. Wahai Allah, aku
berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku dari kejahatan tiap-tiap
makhluk yang melata di bumi ini, Engkaulah yang mengendalikannya.
Bahawasanya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus.”
Keterangan:
Menurut
riwayat Ibnu SunnI, seorang lelaki datang kepada Abu Darda’ lalu
berkata :”Wahai Abu Darda’, saya lihat rumah engkau telah terbakar!” Abu
Darda menjawap:”Bukan rumahku, kerana aku telah mendengar Rasulullah
saw bersabda:
Aku telah membaca doa itu pada waktu pagi hari ini. Lalu Abu Darda’ mengajak sahabatnya ke rumahnya untuk menyaksikan peristiwa kebakaran itu. Maka ternyatalah bahawa rumah-rumah di sekitar rumah Abu Darda’ sudah habis terbakar semuanya, sedangkan rumah Abu Darda’ masih kekal terpelihara.
Sekiranya doa ini di baca pula di waktu petang hari, maka terpeliharalah dari bencana yang mungkin menimpa dirinya di malam hari.
”Barangsiapa membaca doa ini (doa di atas) pada waktu pagi, terhindar dia dari bencana yang mungkin menimpa dirinya, ahli keluarganya dan hartanya”.
Aku telah membaca doa itu pada waktu pagi hari ini. Lalu Abu Darda’ mengajak sahabatnya ke rumahnya untuk menyaksikan peristiwa kebakaran itu. Maka ternyatalah bahawa rumah-rumah di sekitar rumah Abu Darda’ sudah habis terbakar semuanya, sedangkan rumah Abu Darda’ masih kekal terpelihara.
Sekiranya doa ini di baca pula di waktu petang hari, maka terpeliharalah dari bencana yang mungkin menimpa dirinya di malam hari.
Doa ini juga boleh dibaca pada setiap kali kita keluar rumah atau bermusafir.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar