KUMPULAN DO'A PARA NABI
Doa Nabi Adam AS
قَالَا
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا
لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“Ya Tuhan Kami, Kami
telah Menganiaya diri Kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni Kami dan
memberi rahmat kepada Kami, niscaya pastilah Kami Termasuk orang-orang yang
merugi.”(Surah Al A’raaf :23)
Doa Nabi Nuh AS
قَالَ
رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ
عِلْمٌ ۖ وَإِلَّا تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنَ
الْخَاسِرِينَ
“Ya Tuhanku, Sesungguhnya
aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada
mengetahui (hakekat)nya. dan Sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaKu, dan
(tidak) menaruh belas kasihan kepadaKu, niscaya aku akan Termasuk orang-orang
yang merugi.”(Surah Hud :47)
Doa Nabi Hud AS
إِنِّي
تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُمْ ۚ مَا مِنْ دَابَّةٍ
إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا ۚ إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ صِرَاطٍ
مُسْتَقِيمٍ
”Sesungguhnya aku
bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. tidak ada suatu
binatang melatapun melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya
Tuhanku di atas jalan yang lurus.”(Surah Hud :56)
Doa nabi Ibrahim AS
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ
الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ
دُعَاءِ رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ
يَقُومُ الْحِسَابُ
Wahai Tuhanku,jadikanlah
aku dan anak cucuku orang-orng yang tetap mendirikan sholat.Wahai Tuhan
kami,kabulkanlah doaku.Wahai tuhan Kami ,berilah keampunan kepadaku dan dua ibu
bapaku dan sekalian orang orang mukmin pada hari berlangsungnya
hisab(nanti)”.(Surah Ibrahim :40-41)
Doa Nabi Yusuf AS
رَبِّ
قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِنْ تَأْوِيلِ
الْأَحَادِيثِ ۚ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَنْتَ وَلِيِّي فِي
الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِۖ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي
بِالصَّالِحِينَ
“Wahai Tuhanku!
Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan
(pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan
yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan
di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam,
dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”. ( Surah Yusuf : 101 )
Doa Nabi Ayub AS
أَنِّي
مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
“Wahai
Tuhanku,sesunguhnya aku telah di timpa penyakit dan Engkau Yang Maha Penyayang
di antara semua penyayang”.(Surah Al-Anbiyaa’:83)
Doa nabi Yunus AS
لَا
إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
“Bahwasanya tiada Tuhan
yang patut di sembah melainkan hanya Engkau,Maha Suci Engkau,sesungguhnya aku
adalah termasuk orang-orang yang zalim
(Surah Al-Anbiya’:87).
Doa Nabi Musa AS
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي
صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ
لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Nabi Musa berdoa dengan
berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah
bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya
mereka faham perkataanku; ( Surah Taha : 25 -27 )
Doa nabi Sulaiman AS
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ
أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ
أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ
الصَّالِحِينَ
“Wahai Tuhanku,berilah
aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatmu yang telah Engkau anugerahkan
kepadaku dan kepada kedua ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal sholeh yang
Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmatMu kedalam golongan
hamba-hambaMu yang soleh”.( Surah,An-Namlu : 19 )
Doa Nabi Zakaria AS
قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ
الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُنْ بِدُعَائِكَ رَبِّ
شَقِيًّا وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِنْ وَرَائِي وَكَانَتِ
امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا يَرِثُنِي وَيَرِثُ
مِنْ آلِ يَعْقُوبَ ۖ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا
Dia merayu dengan
berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan
telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku – wahai Tuhanku – tidak pernah
merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. Dan sesungguhnya aku merasa
bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama
sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu,
kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi
daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia – wahai Tuhanku
seorang yang diredhai serta disukai”.
( Surah Maryam : 4-6 )
Doa Nabi Isa AS
قَالَ
عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ
السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً
مِنْكَ ۖ وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
Nabi Isa ibni Maryam (pun
berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada
kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi
kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan
sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan
kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah
sebaik-baik Pemberi rezeki”. ( Surah al-Maidah : 114 )
Doa Nabi Muhammad s.a.w
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ
نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا
اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ
أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا
حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا
تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ
لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ
الْكَافِرِينَ
“Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai
Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat
sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu
daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang
kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah
dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu,
tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.( Surah
al-Baqarah : 286 )
Tidak ada komentar:
Posting Komentar